Tuesday, August 3, 2010

Kenangan Terindah Dalam Hidupku


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perdana, salam 1Malaysia buat semua (mcm intro pidato la plak) hehee..aczally aku terlupa yg aku ni dah ada blog. datz y bru nk bgiat semula dlm dunia blogging ni. kali ni aku nk kongsikan kpd semua pembaca tentang memori paling sedih tp amat berkesan dalam hidupku.. aku pasti anda juga punyai kenangan tersendiri..sebelum tu, diingatkan bahawa coretan kali ini bukanlah berniat utk memalukan diri aku sendiri, jauh skali utk membangga diri..hwa3

k la, mcmni kisahnya. tym skolah rendah dulu, aku skolah d salah sebuah sekolah rendah di Limbang Sarawak.nama skolah tu SK 3 Kampung cuz murid2 skolah tu dtg dari 3 buah kampung yg berlainan..unik kan..=P..nak djadikan cerita aku ni bley la dkatakan antara murid yang terpandai la dalam kelas aku..

sebelum tu, lupa lak nk gtau, kerana mak aku ni jenis yg terlalu sygkan anaknya, beliau mohon kerja sebagai tukang masak kat skolah aku tu cuz skolah rendah aku tu skolah berasrama. mak aku apply, then dpt..so senangla aku nak duk bwh ketiak mak aku tiap2 hari cuz mak aku dapat tinggal kat skolah tu.. kitorang tggl kat quaters(btol x ejaan aku ni =P) bersama adik perempuan aku yg 2 org lagi..Dalam erti kata yang lain, kitorang ni bolehlah dikategorikan sbg family yg agak susah..x seperti orang lain. =(

ok la, kerana kesusahan hidup itu la aku belajar betol2..samapai 1 tahap bila exam je confirm aku dpt no 1dalam kelas aku..kalau korg masih igt, tym skolah rendah dulu 1 tahun ada 2 sem, jd aku skolah kat skolah tu selama 6 tahun, bmaksud aku dpt 12 kali berturut2 mendapat tempat pertama dalam kelas aku..

Bangga beb dpt no 1 dalam kelas dr year 1-year 6 tanpa dgugat oleh sapa2 pun.. cuma 1 je yg xbest..bila tym hari penyampaian hadiah je, mak aku xpernah pun tengok anaknya ni amik hadiah..kdg2 meluat gak tgok gelagat member2 yg len, stakat dpt anugerah nilam(bc buku paling byk) mak bpk dorg siap amik gmbr lg..tp aku xley buat semua tu..maklumla, emak aku tukang masak kat skolah tu..nak xnak beliau kena ada kat dapur skolah utk prepair jamuan ibubapa dan guru yg dtg tym majlis penyampaian hadiah..dalam erti kata yang lain, slama 6 tahun aku dapat tempat 1 dalam kelas aku,x pernah sekali pun mak aku tengok aku naik pentas.masa tu aku xphm lg dengan keadaan dan tugas mak aku..aku selalu je merajuk cuz mak aku xdpt dtg..biasanya yang datang ialah atuk aku..utk pengetahuan semua, bpk aku da pergi buat slama2nya tym aku berumur 3 tahun..

bila majlis penyampaian hadiah da tamat, then kitorang (aku dan 2 orang adik perempuan aku) akan berkumpul dalam rumah (quaters) tunggu mak aku abis kerja. the bila mak da smpi, kitorang akan show hadiah masing2..mak slalunya akan senyum dan x byk ckp.

Hurm, bila kenang blk kisah2 mcmni, nk nangis pun ada, nk gelak sekuat2nya pun ada.. moral of da story, hargailah jasa ibu bapa anda slagi mereka ada dsisi..yg pasti, im proud with u mom! i luv u so much..kerana engkaula aku menjadi seperti aku sekarang.