Thursday, October 28, 2010

My Quot Collection

Juz nk asah bakat buat quot smbil remind diri sndiri =)
  • Learn never stop, u never drop!
  • Kenapa mendamba kembangya tulip di seberang kalau cempaka mekar di depan mata.
  • Menangislah selagi mampu menangis, tapi masalah takkan selesai hanya dengan air mata.
  • Orang yang disayangi,dikasihi,dirindui biasanya akan pergi dulu.
  • Mati itu pasti.
  • Jika bicara itu perak, diam itu emas.
  • Kau kumpul lah air seluas lautan nescaya kau takkan bisa menutup mulut-mulut insan yang dengki.
  • Tiada alasan untuk gagal kerana anda dilahirkan untuk berjaya.
  • Jika tak mampu berlari, melangkahlah satu persatu. Itu lebih baik daripada berpatah balik.
* ada ms nanti aku tambah..kering idea.

Wednesday, October 13, 2010

terima kasih sahabat


Terlalu banyak perkara yang membuat kita gembira.ada orang gembira kerana dapat kejayaan, dapat naik pangkat, seringkali mendapat pujian n so on. Tapi, antara kegembiraan yang paling menggembirakan aku ialah apabila memiliki sahabat-sahabat yang ikhlas, baik, memahami.

Kadang-kadang selalu terfikir adakah aku layak untuk menjadi sahabat mereka.Dari sekolah rendah sehingga ke Universiti, memang ramai yang sudi bersahabat denganku.Ada pelbagai ragam, standard la kan,lain manusia lain perangai.

Honestly, susah nak dapat sahabat yang baik, bahasa skemanya, kawan yang sentiasa ada saat suka dan duka.Cukup sedikit. Kerana manusia itu punya pilihan dan hak masing2.Nak buat macamana..hahaaha

Sebagai peringatan untuk aku dan sahabat-sahabat ku sekalian, pilihlah sahabat yang memahami. Seringkali terbaca di FB, jika ingin difahami orang lain, kita kena memahami orang lain. Selalu juga terbaca, pilihlah sahabat yang baik-baik nescaya kita akan menjadi baik. Tapi aku ni pelik sikit, semua jenis manusia aku nak jadikan sahabat. Tak kisah la kan, sebab aku boleh belajar dari mereka.Banyak cerita boleh didengar.Banyak ragam boleh dilihat.Banyak input kita dapat.

So, untuk tidak memenatkan para sahabatku sekalian, terima kasih la cuz sudi menjadi sahabatku.Banyak kot korang tolong aku.Sorry la kalau selalu menyusahkan kalian.hahahaa.

Tuesday, August 3, 2010

Kenangan Terindah Dalam Hidupku


Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perdana, salam 1Malaysia buat semua (mcm intro pidato la plak) hehee..aczally aku terlupa yg aku ni dah ada blog. datz y bru nk bgiat semula dlm dunia blogging ni. kali ni aku nk kongsikan kpd semua pembaca tentang memori paling sedih tp amat berkesan dalam hidupku.. aku pasti anda juga punyai kenangan tersendiri..sebelum tu, diingatkan bahawa coretan kali ini bukanlah berniat utk memalukan diri aku sendiri, jauh skali utk membangga diri..hwa3

k la, mcmni kisahnya. tym skolah rendah dulu, aku skolah d salah sebuah sekolah rendah di Limbang Sarawak.nama skolah tu SK 3 Kampung cuz murid2 skolah tu dtg dari 3 buah kampung yg berlainan..unik kan..=P..nak djadikan cerita aku ni bley la dkatakan antara murid yang terpandai la dalam kelas aku..

sebelum tu, lupa lak nk gtau, kerana mak aku ni jenis yg terlalu sygkan anaknya, beliau mohon kerja sebagai tukang masak kat skolah aku tu cuz skolah rendah aku tu skolah berasrama. mak aku apply, then dpt..so senangla aku nak duk bwh ketiak mak aku tiap2 hari cuz mak aku dapat tinggal kat skolah tu.. kitorang tggl kat quaters(btol x ejaan aku ni =P) bersama adik perempuan aku yg 2 org lagi..Dalam erti kata yang lain, kitorang ni bolehlah dikategorikan sbg family yg agak susah..x seperti orang lain. =(

ok la, kerana kesusahan hidup itu la aku belajar betol2..samapai 1 tahap bila exam je confirm aku dpt no 1dalam kelas aku..kalau korg masih igt, tym skolah rendah dulu 1 tahun ada 2 sem, jd aku skolah kat skolah tu selama 6 tahun, bmaksud aku dpt 12 kali berturut2 mendapat tempat pertama dalam kelas aku..

Bangga beb dpt no 1 dalam kelas dr year 1-year 6 tanpa dgugat oleh sapa2 pun.. cuma 1 je yg xbest..bila tym hari penyampaian hadiah je, mak aku xpernah pun tengok anaknya ni amik hadiah..kdg2 meluat gak tgok gelagat member2 yg len, stakat dpt anugerah nilam(bc buku paling byk) mak bpk dorg siap amik gmbr lg..tp aku xley buat semua tu..maklumla, emak aku tukang masak kat skolah tu..nak xnak beliau kena ada kat dapur skolah utk prepair jamuan ibubapa dan guru yg dtg tym majlis penyampaian hadiah..dalam erti kata yang lain, slama 6 tahun aku dapat tempat 1 dalam kelas aku,x pernah sekali pun mak aku tengok aku naik pentas.masa tu aku xphm lg dengan keadaan dan tugas mak aku..aku selalu je merajuk cuz mak aku xdpt dtg..biasanya yang datang ialah atuk aku..utk pengetahuan semua, bpk aku da pergi buat slama2nya tym aku berumur 3 tahun..

bila majlis penyampaian hadiah da tamat, then kitorang (aku dan 2 orang adik perempuan aku) akan berkumpul dalam rumah (quaters) tunggu mak aku abis kerja. the bila mak da smpi, kitorang akan show hadiah masing2..mak slalunya akan senyum dan x byk ckp.

Hurm, bila kenang blk kisah2 mcmni, nk nangis pun ada, nk gelak sekuat2nya pun ada.. moral of da story, hargailah jasa ibu bapa anda slagi mereka ada dsisi..yg pasti, im proud with u mom! i luv u so much..kerana engkaula aku menjadi seperti aku sekarang.

Tuesday, May 4, 2010

Aku sayang Malaysia dan Indonesia


untuk pertama kali melibatkan diri dalam dunia bloggers ni, sengaja aku memilih tajuk ni kerana bagi aku ia adalah mustahak untuk dikongsi oleh semua. biar apa pun pandangan orang lain kerana yang jelas bagiku hubungan antara kedua-dua negara ini ternyata semakin membimbangkan.

usah kita bicarakan soal permasalahan yang berlaku. kita singkap kembali sejarah. Malaysia dan Indonesia itu ibarat isi dan kuku. mengapa harus ada sengketa antara kita kalau kita mengaku kita saudara seagama? mengapa harus kita saling membenci dan saling melukai kalau kita mengaku kita serumpun dan sebangsa?
dan yang paling penting, mengapa harus kita terus terdiam kalau kita mengaku kita itu adalah hambaNya?

ayuh manusia yang namanya rakyat Malaysia dan Indonesia. ada yang tertawa melihat kita bersengketa. ada yang bertepuk tangan melihat kita bertikam kata. maka apa harus kita perbuat mulai saat ini?

saranan saya :

1) hapuskan rasa curiga sesama kita.
2) jangan mudah emosi bila ditimpa krisis antara 2 buah negara.
3) ajak sahabat yang lain untuk sama-sama memahami hasrat perdamaian ini.
4) jangan pejam mata, celikkan akal, agama jadikan utama.
5) sentiasa berdoa kepadaNya agar hubungan harmonis ini bisa kekal selamanya.